NAMA : NOOR NAJIAH NAJWA BINTI OMAR
NO MATRIK : 18DDV13F2058
PROGRAM : DIPLOMA VIDEO DAN FILEM
INSTITUSI LATIHAN INDUSTRI : ARIE ZAHARIE PRODUCTION
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim…
Alhamdullilah, bersyukur kehadrat ilahi
dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan
kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya.
Pertamanya, saya ingin
mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Pengarah Arie Zaharie Production saya iaitu Encik Azlan Mohd Noh dan Zahari Shaari kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripada mereka membuka ruang untuk saya menjalani latihan industri saya dengan jayanya.
Saya juga ingin mengucapkan terima
kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa dan juga pensyarah yang memberi sokongan dan
bimbingan untuk menjayakan latihan industri saya. Mereka telah memberikan segala kemudahan dan sokongan moral yang
tidak terhingga sampai saya berjaya menamatkan latihan industri saya ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak beri
idea dan pandangan dalam menambah baik mutu tugasan saya.
Akhir madah, saya mengucapkan
terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya sepanjang saya menjalani latihan industri saya.
Sekian,
terima kasih.
LATAR BELAKANG ARIE ZAHARIE PRODUCTION
Arie Zaharie Production ditubuhkan pada 28 Jun 2009 dan telah beroperasi perniagaan sejak 2010.Arie Zaharie Production adalah hak milik penuh Bumiputera yang mengkhususkan aktiviti perniagaannya dalam industri hiburan sebagai pengurus pengeluaran Filem, Drama, Bakat dan program TV.
Selain daripada menguruskan Filem, Drama dan TV program, kumpulan itu juga telah mengukuhkan kedudukannya sebagai packager pemasaran masa siaran itu menawarkan sejumlah "pengeluaran TV / TV siaran" penyelesaian kepada pelanggan dan pengiklan.
Sejak 15 tahun yang lalu, Arie Zaharie Production kumpulan pengeluaran syarikat yang telah mewujudkan hubungan yang baik dengan syarikat penerbitan dan media agensi-agensi lain dalam industri.
Alamat : No 89, Lorong Meringin 3
Taman Bukit Meringin
43000 Kajang, Selangor.
PENERAJU SYARIKAT
AZLAN MOHD NOR
Lulusan Teknologi Maklumat di Montfort, England. Azlan Mohd Nor sentiasa cenderung kepada dunia perniagaan. Ditambah pula dengan semangat keusahawanan, pengetahuan pengurusan & Teknologi Maklumat, keinginan untuk mencapai kecemerlangan dan berpandukan prinsip utama komunikasi yang berkesan dan pengurusan yang bijak, beliau bersama-sama dengan rakan kongsi yang mempunyai modul Arie Zaharie Production Sdn Bhd .
ZAHARI SHAARI
Selepas meninggalkan dari dunia masakan beliau membuat jalan ke dalam dunia pengeluaran, dulu beliau bekerja sebagai runner, pengurus lokasi, dan kini bersama rakan kongsi menubuhkan Arie Zaharie Production . Zahari Shaari (ArieZaharie) menghabiskan 18 tahun akan datang dalam pengeluaran dan penggambaran termasuk latihan pasca produksi dalam penyuntingan video. Beliau mahir dalam menguruskan unit penyelidikan, menubuhkan sistem pengeluaran yang sistematik dan cekap dalam mengawal bajet pengeluaran.
PENGURUSAN PENGELUARAN
FILEM
Beautiful Pain (2015) –Current Pictures
Polis Evo(2015) –AstroShaw
Sunti@ Facebook (2013) for NSK
TerbaikDari Langit(2013) -Playground Production
UsinUFO (2013) for DJ Pictures SdnBhd/ArieZaharieProduction SdnBhd
Paku(2012) -Nusantara SeniKarya
MerongMahawangsa(2009), Jin Notti(2009) and Cicakman2 -KRU Studios.
May (2009) for FlixPictures.
DRAMA DAN TV
Din Sardin – TV9
CintaIbadah–Astro Prima & Maya HD
Playboy ituSuamiku–TV3
NoktahCinta–Tvi
JurufotoMuda(13 episodes)-TVi
DoaUntukAku(13 episodes)–Al-Hijrah
CintaJiwangKarat (13 episodes) –RTM
Opera Sabun(26 episodes) –RTM
Saga Padang Temu(13 episodes) -RTM
SecangkirKeredhaan–TV9
Sahara (26 episode) –TV3
ParitJawa–Astro–(PM Artist)
IKLAN DAN VIDEO KOPORAT
RHB Corporate Video (2015) –Barrygladmore
Proton Raya (2015) –KRU Studios
Astro Raya Promo (2015) –Barrygladmore
Strepsils(2015) –Red Comm
Asia Next Top Model Season 2 (2014) –Red Comm
Honda Vario(2014) –ChilliPepper Films
Safi Rania Diamond (2014) –ChilliPepper Films
Scott’s Emulsion (2013) –ChilliPepper Films
Raja Lawak7 promo (2013) –Barrygladmore
PetronasDeepavali(2011) –ChilliPepper Films
BSN –(2012) –Current Pictures SdnBhd
ESTABLISHED CLIENTS
Nusantara SeniKaryaSdnBhd
KRU Studios SdnBhd
Cinematic Pictures SdnBhd
Cinematic SdnBhd
Current Pictures SdnBhd
TemenggungPictures
SuhanMovies SdnBhd
AvitteleSdnBhd
Reel In Motion SdnBhd
ZaafHolding SdnBhd
Tangerine Pictures
Unique Twins SdnBhd
Playground Production
KESIMPULAN
Syukur
Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat juga menyelesaikan latihan
Industri yang telah ditetapkan oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Secara
keseluruhan selama 20 minggu bermula pada 22 Jun 2015 sehingga 6 November 2015.
Sepanjang menjalani latihan industri di syarikat Arie Zaharie Production segalanya
berjalan dengan lancar. Melalui latihan industri ini pelbagai yang boleh di
perolehi dari segi pengetahuan dan pendedahan minda pelajar itu sendiri
terhadap apa yang dipelajari di politeknik. Pelatih dapat menimba ilmu daripada
segala pembelajaran yang dapat dipelajari semasa latihan industri.
Semasa menjalani latihan industri ini
banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat dipelajari terutamanya suasana
pekerjaan yang sebenar berkaitan dengan
intrumentasi. Disamping itu, latihan ini dapat mengukuhkan apabila kita
berinteraksi dengan masyarakat yang berbeza dari segi umur dan pemikiran.
Saya banyak diberi pendedahan tentang
bidang tugas serta prosedur-prosedur yang berkaitan dengan proses kerja yang
dilaksanakan ketika saya berada di syarikat Arie Zaharie Production. Disamping
itu, saya telah diberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik untuk mengendalikan
masalah bagi setiap proses kerja yang dilakukan. Panduan yang telah diberikan
oleh kakitangan dan pengurus syarikat ini akan dapat memberikan gambaran yang
sebenar tentang suasana kerja dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh
seorang pekerja dalam bidang ini.
Disini juga pelajar dapat mengetahui
dengan lebih terperinci lagi tentang kursus yang dijalani di politeknik
bersesuaian ataupun tidak, disamping itu juga pelajar dapat membiasakan diri
menggunakan peralatan yang berkaitan dengan kursus yang diambil. Walaupun
kesemua peralatan dan bahan-bahan instrumentasi yang ada pada syarikat ini
tidak sama dengan apa yang dipelajari oleh pelajar, dari sini pelajar dapat
mengetahui bahawa banyak peralatan dan bahan-bahan yang dikumpulankan sebagai
bahan dan peralatan instrumentasi. Selain itu, pelajar dapat menimba pengalaman
yang mungkin tidak didapati di tempat lain.
Komunikasi antara pelajar dan pekerja
lain adalah amat penting dalam melakukan tugas. Apabila bekerja, pelajar dapat
melatih diri sendiri untuk berkomunikasi dengan orang yang mempunyai jarak usia
yang berbeza-beza dengan bertoleransi dan menghormati di antara satu sama lain
disamping boleh bekerjasama melakukan kesemua kerja bersama-sama dengan baik.
Dengan cara pemikiran pekerja yang jauh lebih luas dari pelajar, pelajar dapat
mempelajari segalanya termasuk pengalaman pekerja-pekerja lain apabila
menghadapi masalah. Dengan adanya komunikasi ini, ia dapat membantu pelajar
pada masa akan datang apabila pelajar menempuhi alam pekerjaan yang sebenar
nanti.
Disamping itu, pelajar mengakui bahawa
Latihan Industri ini banyak membantu dalam usaha mengukuhkan teori dan
pemahaman yang saya pelajari ketika menuntut di politeknik. Walaupun latihan
ini amat mencabar pada permulaannya, tetapi ia menjadi amat menyeronokkan jika
peluang ini digunakan dengan sebaiknya.
Akhir sekali, penglibatan pelajar dalam
Latihan Industri seumpama ini dapat membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti
pelajar dalam menjalani latihan di bidang video dan filem sekaligus menjadikan
politeknik sebagai platform pendidikan yang praktikal. Selain itu, format
laporan selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih setiap pelajar dalam
menghasilkan laporan teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan
sebagai panduan yang penting apabila mereka berada di dalam situasi yang
sbenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat politeknik itu sendiri yang
mahu melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan separa profesional di dalam
Negara ini.
No comments:
Post a Comment