Monday, 9 November 2015

HOME

Rabu , 11 November 2015







NAMA : NOOR NAJIAH NAJWA BINTI OMAR

NO MATRIK : 18DDV13F2058

PROGRAM : DIPLOMA VIDEO DAN FILEM

INSTITUSI LATIHAN INDUSTRI : ARIE ZAHARIE PRODUCTION  




PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirahim…

            Alhamdullilah, bersyukur kehadrat ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada Pengarah Arie Zaharie Production saya iaitu Encik Azlan Mohd Noh dan Zahari Shaari kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada mereka membuka ruang untuk saya menjalani latihan industri saya dengan jayanya.

            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa dan juga pensyarah yang memberi sokongan dan bimbingan untuk menjayakan latihan industri saya. Mereka telah memberikan segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menamatkan latihan industri saya ini.

            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak beri idea dan pandangan dalam menambah baik mutu tugasan saya. 

            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya sepanjang saya menjalani latihan industri saya. 

Sekian, terima kasih.



LATAR BELAKANG ARIE ZAHARIE PRODUCTION


Arie Zaharie Production ditubuhkan pada 28 Jun 2009 dan telah beroperasi perniagaan sejak 2010.Arie Zaharie Production adalah hak milik penuh Bumiputera yang mengkhususkan aktiviti perniagaannya dalam industri hiburan sebagai pengurus pengeluaran Filem, Drama, Bakat dan program TV.

Selain daripada menguruskan Filem, Drama dan TV program, kumpulan itu juga telah mengukuhkan kedudukannya sebagai packager pemasaran masa siaran itu menawarkan sejumlah "pengeluaran TV / TV siaran" penyelesaian kepada pelanggan dan pengiklan.
Sejak 15 tahun yang lalu, Arie Zaharie Production kumpulan pengeluaran syarikat yang telah mewujudkan hubungan yang baik dengan syarikat penerbitan dan media agensi-agensi lain dalam industri.

Alamat : No 89, Lorong Meringin 3
Taman Bukit Meringin
43000 Kajang, Selangor.



PENERAJU SYARIKAT



AZLAN MOHD NOR

Lulusan Teknologi Maklumat di Montfort, England. Azlan Mohd Nor sentiasa cenderung kepada dunia perniagaan. Ditambah pula dengan semangat keusahawanan, pengetahuan pengurusan & Teknologi Maklumat, keinginan untuk mencapai kecemerlangan dan berpandukan prinsip utama komunikasi yang berkesan dan pengurusan yang bijak, beliau bersama-sama dengan rakan kongsi yang mempunyai modul Arie Zaharie Production Sdn Bhd .




ZAHARI SHAARI


Selepas meninggalkan dari dunia masakan beliau membuat jalan ke dalam dunia pengeluaran, dulu beliau bekerja sebagai runner, pengurus lokasi, dan kini bersama rakan kongsi menubuhkan Arie Zaharie Production . Zahari Shaari (ArieZaharie) menghabiskan 18 tahun akan datang dalam pengeluaran dan penggambaran termasuk latihan pasca produksi dalam penyuntingan video. Beliau mahir dalam menguruskan unit penyelidikan, menubuhkan sistem pengeluaran yang sistematik dan cekap dalam mengawal bajet pengeluaran.



PENGURUSAN PENGELUARAN

FILEM

Beautiful Pain (2015) –Current Pictures
Polis Evo(2015) –AstroShaw
Sunti@ Facebook (2013) for NSK
TerbaikDari Langit(2013) -Playground Production
UsinUFO (2013) for DJ Pictures SdnBhd/ArieZaharieProduction SdnBhd
Paku(2012) -Nusantara SeniKarya
MerongMahawangsa(2009), Jin Notti(2009) and Cicakman2 -KRU Studios. 
May (2009) for FlixPictures.

DRAMA DAN TV

Din Sardin – TV9
CintaIbadah–Astro Prima & Maya HD
Playboy ituSuamiku–TV3
NoktahCinta–Tvi
JurufotoMuda(13 episodes)-TVi
DoaUntukAku(13 episodes)–Al-Hijrah
CintaJiwangKarat (13 episodes) –RTM
Opera Sabun(26 episodes) –RTM
Saga Padang Temu(13 episodes) -RTM
SecangkirKeredhaan–TV9
Sahara (26 episode) –TV3
ParitJawa–Astro–(PM Artist)

IKLAN DAN VIDEO KOPORAT

RHB Corporate Video (2015) –Barrygladmore
Proton Raya (2015) –KRU Studios
Astro Raya Promo (2015) –Barrygladmore
Strepsils(2015) –Red Comm
Asia Next Top Model Season 2 (2014) –Red Comm
Honda Vario(2014) –ChilliPepper Films
Safi Rania Diamond (2014) –ChilliPepper Films
Scott’s Emulsion (2013) –ChilliPepper Films
Raja Lawak7 promo (2013) –Barrygladmore
PetronasDeepavali(2011) –ChilliPepper Films
BSN –(2012) –Current Pictures SdnBhd

ESTABLISHED CLIENTS

Nusantara SeniKaryaSdnBhd
KRU Studios SdnBhd
Cinematic Pictures SdnBhd
Cinematic SdnBhd
Current Pictures SdnBhd
TemenggungPictures
SuhanMovies SdnBhd
AvitteleSdnBhd   
Reel In Motion SdnBhd  
ZaafHolding SdnBhd   
Tangerine Pictures 
Unique Twins SdnBhd   
Playground Production



KESIMPULAN


Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat juga menyelesaikan latihan Industri yang telah ditetapkan oleh Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Secara keseluruhan selama 20 minggu bermula pada 22 Jun 2015 sehingga 6 November 2015. Sepanjang menjalani latihan industri di syarikat Arie Zaharie Production segalanya berjalan dengan lancar. Melalui latihan industri ini pelbagai yang boleh di perolehi dari segi pengetahuan dan pendedahan minda pelajar itu sendiri terhadap apa yang dipelajari di politeknik. Pelatih dapat menimba ilmu daripada segala pembelajaran yang dapat dipelajari semasa latihan industri.

Semasa menjalani latihan industri ini banyak pengalaman dan pengetahuan yang dapat dipelajari terutamanya suasana pekerjaan yang sebenar berkaitan dengan  intrumentasi. Disamping itu, latihan ini dapat mengukuhkan apabila kita berinteraksi dengan masyarakat yang berbeza dari segi umur dan pemikiran.

Saya banyak diberi pendedahan tentang bidang tugas serta prosedur-prosedur yang berkaitan dengan proses kerja yang dilaksanakan ketika saya berada di syarikat Arie Zaharie Production. Disamping itu, saya telah diberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik untuk mengendalikan masalah bagi setiap proses kerja yang dilakukan. Panduan yang telah diberikan oleh kakitangan dan pengurus syarikat ini akan dapat memberikan gambaran yang sebenar tentang suasana kerja dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh seorang pekerja dalam  bidang  ini.

Disini juga pelajar dapat mengetahui dengan lebih terperinci lagi tentang kursus yang dijalani di politeknik bersesuaian ataupun tidak, disamping itu juga pelajar dapat membiasakan diri menggunakan peralatan yang berkaitan dengan kursus yang diambil. Walaupun kesemua peralatan dan bahan-bahan instrumentasi yang ada pada syarikat ini tidak sama dengan apa yang dipelajari oleh pelajar, dari sini pelajar dapat mengetahui bahawa banyak peralatan dan bahan-bahan yang dikumpulankan sebagai bahan dan peralatan instrumentasi. Selain itu, pelajar dapat menimba pengalaman yang mungkin tidak didapati di tempat lain.

Komunikasi antara pelajar dan pekerja lain adalah amat penting dalam melakukan tugas. Apabila bekerja, pelajar dapat melatih diri sendiri untuk berkomunikasi dengan orang yang mempunyai jarak usia yang berbeza-beza dengan bertoleransi dan menghormati di antara satu sama lain disamping boleh bekerjasama melakukan kesemua kerja bersama-sama dengan baik. Dengan cara pemikiran pekerja yang jauh lebih luas dari pelajar, pelajar dapat mempelajari segalanya termasuk pengalaman pekerja-pekerja lain apabila menghadapi masalah. Dengan adanya komunikasi ini, ia dapat membantu pelajar pada masa akan datang apabila pelajar menempuhi alam pekerjaan yang sebenar nanti.
Disamping itu, pelajar mengakui bahawa Latihan Industri ini banyak membantu dalam usaha mengukuhkan teori dan pemahaman yang saya pelajari ketika menuntut di politeknik. Walaupun latihan ini amat mencabar pada permulaannya, tetapi ia menjadi amat menyeronokkan jika peluang ini digunakan dengan sebaiknya.

Akhir sekali, penglibatan pelajar dalam Latihan Industri seumpama ini dapat membuktikan dan mengukuhkan lagi identiti pelajar dalam menjalani latihan di bidang video dan filem sekaligus menjadikan politeknik sebagai platform pendidikan yang praktikal. Selain itu, format laporan selepas menjalani Latihan Industri dapat melatih setiap pelajar dalam menghasilkan laporan teknikal yang lengkap, padat dan teratur untuk dijadikan sebagai panduan yang penting apabila mereka berada di dalam situasi yang sbenarnya. Ini adalah bersesuaian dengan matlamat politeknik itu sendiri yang mahu melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan separa profesional di dalam Negara ini.