Sunday, 25 October 2015

PRE PRODUKSI TELEMOVIE "DIN SARDIN"

Isnin 27/7/2015 
  • Pada 27 Julai skrip telemovie "Din Sardin" dikeluarkan dan saya ditugaskan untuk membaca skrip tersebut.
  • Selepas itu, saya ditugaskan membuat script breakdown yang mengambil masa selama dua hari untuk membuat dan membaiki semula script breakdown bagi telemovie "Din Sardin".



Contoh script breakdown 




Rabu 29/7/2015
  • Pada 29 Julai pula, saya diarahkan oleh pembantu produksi iaitu Along Nima untuk membuat master script breakdown bagi telemovie ini.
  • Disitu saya perlu merujuk skrip semula untuk memastikan master breakdown yang saya buat adalah betul dan tepat.




Contoh master breakdown



Jumaat 31/7/2015
  • Saya ditugaskan untuk membuat surat kepada pihak jpj untuk menggunakan anggota mereka di dalam telemovie tersebut. Di situ, saya membahagikan scene seperti anggota jpj, anggota polis, anggota rela dan geng – geng mat rempit.
  • Pembahagian scene amat penting kerana ia memudahkan untuk membuat rujukkan di buku skrip ataupun di jadual.


Contoh surat



Isnin 3/8/2015 

Mesyuarat bersama pihak JPJ dan pihak pengurusan Arie Zaharie Production di Jabatan Pengangkutan Jalan Raya, Putrajaya.

Pada 3 Ogos, saya, wan dan Along Nima wakil dari pihak pengurusan Arie Zaharie Production pergi ke Jabatan Pengangkutan Jalan Raya di Putrajaya  untuk membincangkan dan menerangkan konsep dimana scene jpj diadakan semasa penggambaran berlaku nanti. 





Jumaat 7/8/2015

Lokasi Untuk Penggambaran telemovie "Din Sardin". 
  • Saya mendapat tugasan untuk menyusun semula gambar - gambar lokasi untuk mesyuarat keesokkan hari. 



Contoh gambar

































No comments:

Post a Comment